Want your
own Fotopage?








 
http://syamputra.fotopages.com

By: syam putra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 15-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark




panjang banjaran pandang berpinar
seputih awan menyilau pandangan
memanglah hairan tetapi benar
kuintai puan didalam angan


kalau kendi disisip kenanga
bunga kasturi tidak beralas
kalau budi elok dijaga
kenapa diberi sukar dibalas

Care to comment?


Tuesday, 13-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti Seminggu..

salam buat semua..

kembali syam menotakan bibit bibit perjalanan kehidupan ..
adapun antara yang indah dan sedih semua tergambar dari minda
terlunas dari kata kata
adapun andai kurang difahami mohon ampun jari sepuluh..

hari nie syam sempat singgah kat lab ini.. sambil membuang masa berharga..
rasanya jiwa jadi kosong sebab sunyi tanpa internet..
lalu bila bertamu kambali dipapan kekunci ini..
terasa seolah gembiratak terkata
membilang email yang tak terhingga sehingga mencari entah apa gerangan isu semasa

lola.. pagi lagi dah call
gembira dengan adeknya dapat 16 A
memang menakjubkan.
hebat..
terasa macam aku nak amek balik spm..
aku mesti dapat 19A
heheheh
namun usia dah menghampiri 30 ini hanya mampu memikirkan tentang kesinambungan usia
dan perolehan pendapatan
kehidupan dah jadi dihujung jari
mata pencarian sendiri
ringgit dan masa dikemaskini sendiri..

so.. esok dah daftar syarikat..
"jiwa kita" semacam melayu sangat tapi best.. jiwa tu.. rasa semacam seni..
"smartstudy".. rasa macam kemahiran belajar plak..

aku pun dah pening/...

petang nie hajatnye nak servise kete..
esoklah je..
pergi daftarkan sekali tabung haji mak ngan ayah..
tak sabar nak menunggu jumaat nie..
mungkin pasti ayah akan menang..

Care to comment?


Tuesday, 13-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Cuti Seminggu..

salam buat semua..

kembali syam menotakan bibit bibit perjalanan kehidupan ..
adapun antara yang indah dan sedih semua tergambar dari minda
terlunas dari kata kata
adapun andai kurang difahami mohon ampun jari sepuluh..

hari nie syam sempat singgah kat lab ini.. sambil membuang masa berharga..
rasanya jiwa jadi kosong sebab sunyi tanpa internet..
lalu bila bertamu kambali dipapan kekunci ini..
terasa seolah gembiratak terkata
membilang email yang tak terhingga sehingga mencari entah apa gerangan isu semasa

lola.. pagi lagi dah call
gembira dengan adeknya dapat 16 A
memang menakjubkan.
hebat..
terasa macam aku nak amek balik spm..
aku mesti dapat 19A
heheheh
namun usia dah menghampiri 30 ini hanya mampu memikirkan tentang kesinambungan usia
dan perolehan pendapatan
kehidupan dah jadi dihujung jari
mata pencarian sendiri
ringgit dan masa dikemaskini sendiri..

so.. esok dah daftar syarikat..
"jiwa kita" semacam melayu sangat tapi best.. jiwa tu.. rasa semacam seni..
"smartstudy".. rasa macam kemahiran belajar plak..

aku pun dah pening/...

petang nie hajatnye nak servise kete..
esoklah je..
pergi daftarkan sekali tabung haji mak ngan ayah..
tak sabar nak menunggu jumaat nie..
mungkin pasti ayah akan menang..

Care to comment?


Sunday, 11-Mar-2007 05:51 Email | Share | | Bookmark
Megat Kahwin Fazlina Teringin

salam..

baru aku balik dari kenduri megat kat kampung melayu nie.. tak sampai 50 langkah g umah dia..
punya la dekat..
hmmm tengok megat kahwin tadi ngan semalam pun aku datang..
aku rasa terpukul sikit sebab aku masih membujang
nasib ada hasni.. boleh la cool sebab rasa ada member tak kahwin..

segak betul rasanye pakai baju songket..
aku dok bayangkan meriahnyer bile aku kahwin
student ngan kawan kawan datang..
hmm bestnyer
namun bayang pengantin pompuan pun tak pernah nampak..
hmnm... siapa lah bini aku nie
next week aku tak sabar nak menanti kalau kalau ader surat dari orang nak kenal ngan aku..
mana lah tahu orang nak merisik aku
hehhehe
susah betul la nak cari yang memahami hidup aku...

anyway..
semalam.. aku rasa macam aku nie dilema..

entah la..

hmmm tadi aku jumpa geng fotopages... dia punya creatif amek scine punya la kagum..
nanti aku letak pic yer...

Salam untuk Syam,
ari tu aku turun KL tak dapat jumpa kau.Tak pe ler.Next appointment aku nak turun KL nak jumpa Sue dan baby barunya.Tapi tak tau bila.Bye Syam.
Tue 13-Mar-2007 02:57
Posted by:Lin
Add comment


Sunday, 11-Mar-2007 04:28 Email | Share | | Bookmark
Jumaat,9 Mac 2007, Mega , Muka surat 8

salam ceria buat semua..

hidup perlu diteruskan..
haruss jadi pendusta kerna dusta adalah kebenaran nyata

kehidupan perlu diamati
cinta datang dan pergi
mengikut masa bertali waktu
kita pasti perlu berani
kerana berani itu adalah kejam
bagi mereka yang hidup
dan kematian cinta adalah indah
bila kita mahu menikmati kehidupan

dusta adalah racun dalam hubungan, api dalam amarah dan pembunuh dalam diam...
jangan ada dusta antara kita....
Mon 12-Mar-2007 05:37
Posted by:lola
Add comment


Sunday, 4-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Harapan - Mungkir Bahagia

juara
rezeki
salam buat semua..

2 lagu ini adalah lagu yang cukup hebat untuk disampaikan..
hazami dengan fazli zainal sememangnya hebat..
aku suka betul 2 lagu ini...

ada barang sehelai kain puisi untuk sidaian anda semua..

terima lah..

--------------------
samurai
-------------------

Seperti Seadanya maklum
kekuatan jiwa asal nyawa bertahan
berani akan cinta
lahir kita kerna janji
runtuh kita kerana budi

Seperti Seadanya samurai
pedang untuk memancung
tajam menghiris bukan kepalang
menikam menembusi hati
darahnya tidak nampak

Seperti Seadanya pejuang
menolak cinta demi negara
teguh bangsa perkara utama
semangat itu membinasakan jiwa
setelah dimungkir segala nista
segalanya
lara

syamputra
5/3/07

mengapa nampaknye terlalu takut pada diri sendiri.....setiap komen adalah ikhlas dari hati ini..... mengapa takut malu pada orang? tak perlu padam setiap komen yang diberikan....bukan kah itu yang kita nak?
berani buat berani tanggung,,,,
hati ini amat kecewa dan terkilan bila diperbuat sebegitu.... sedarlah dengan kesalahan yang telah saudara buat... mengapa tidak berani bersemuka menceritakan yang benar....jangan harapkan badan yang besar tetapi hati kecik macam tikus....tak usah takut....hamba ni insan biasa....
Mon 5-Mar-2007 05:20
Posted by:pengingat setia
syam..orang berhak berkata apa sahaja kepada kita...hakikatnya hanya kita yang tahu kerana hanya kita yang melalui saat itu...dan jangan lupa kita juga berhak untuk menerima atau menolak apa jua yg dtg kepada kita..turut lah kata hatimu... sayang selalu.. Tue 6-Mar-2007 04:34
Posted by:lola
Add comment


Sunday, 4-Mar-2007 03:19 Email | Share | | Bookmark
Kejujuran Pada Sebuah Cinta

salam buat semua..

syam masih demam manja manja
badan letih dengan fikiran bercampur gaul perkara kerja

hmm

kehidupan perlu diteruskan biarpun segalanya berubah


_________________
Cinta Itu Pada Janji
_________________

Terasa
lara
Merasa
sengsara

kepiluan
memilukan

cinta ibarat air
restu turun dari langit
suburkan bumi kekontangan
kemarau kasih yang berpanjangan

cinta umpama emas
cantik dipandang indah dipakai
menjadi hiasan pemiliknya
kemilau sayang memancar

Cinta melambang rasa
punah rasa hilanglah cinta
cinta tak bisa dipaksa
bila paksa sirnalah ia

bagai mentari menyinggah embun


syamputra
4/3/07

Aku tetap sahabat kau...
Walau kau berjauhan, dan aku berjauhan
Bukan bermakna aku tidak mengingati kisah silam

Suka bersama, susah bersama,
Ingat dulu di Kolej Kurniawan aku bersama mu
Ingat dulu di Kolej Kurniawan kita bertapa bersama untuk menggenggam segulung ijazah
Ingat dulu di UPM aku bersama kau, Raha, Lin dan Mahadi,
Ingat dulu di UPM aku bersama kau keluar di KL menikmati panorama malam,
Ingat dulu di UPM aku tidur di bilik kau,
Ingat dulu di UPM aku ke rumah kau,

Semua aku ingat dan tak mungkin aku akan melupakan kau
Biarpun kau ...

Apa pun terjadi aku tetap kawan kau...

Yesterday, all my troubles seemed so far away.
Now it looks as though they're here to stay.
Oh, I believe in yesterday.

Suddenly,I'm not half the man i used to be,
There's a shadow hanging over me,
Oh, yesterday came suddenly.

Why she had to go
I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.

Why she had to go
I don't know she wouldn't say.
I said something wrong,
Now I long for yesterday.

Yesterday, love was such an easy game to play.
Now I need a place to hide away.
Oh, I believe in yesterday.
Mm mm mm mm mm mm mm.
Sun 4-Mar-2007 08:59
Posted by:idd idd@host.sk  - [Link]
askum sahabatku syam.....

aku bersetuju dgn idd...kami kwn2 x pernah lupakan kau...
walau apa pun anggapan kau....kami tetap anggap kau sbg kwn..

terkilan..sedih...bilamana mengenangkan kenapa semua ini berlaku..
mungkin takdir yg mamaksa kita berhadapan dgn situasi ini..

doa kami sbg sahabat moga kau berbahagia selalu..

Kami tak pernah lupa..
Tue 6-Mar-2007 07:01
Posted by:edie  - [Link]
aku pun setuju dengan edie...
setuju aku bukan bermaksud aku memihak eide.. pandangan aku nie ikhlas sebagai kawan kau sejak di matrikulasi lagi...
kami tidak pernah menagih kekayaan atau kebahagiaan daripada kau
walaupun aku dan lin kadang-kala terasa satu kehilangan kau
tapi aku kuatkan hati dan tak hendak merajuk...dek dengan pilihan kau yang tidak mahu berkawan dengan aku
namun... kau kena ingat...
setiap kesabaran ada hadnya... jika kau tetap berkeras untuk menyisihkan diri kau dari aku sebagai sahabat
itu adalah pilihan yang kau pilih...
cuma usah menoleh ke belakang bila keputusan telah dibuat...

suatu hari aku berserah aku dapat jumpa kau walaupun kau tak sudi sebagai kawan baru yang belum kau kenali..
itulah pasrah aku...
Wed 7-Mar-2007 10:24
Posted by:idd idd@host.sk  - [Link]
Add comment


Sunday, 4-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kembali Menatang Hajat Terpendam

antara
d i a
salam kemakmuran sarwajagat

kerinduan dihati ini menuturkan bait bait kata disini
lewat dahulu kesusahan menimpa
akhirnya Allah memberikan peluang kedua untuk aku
menambung rentasan hidup..
syukur kupanjatkan.. kerna aku masih bisa berdiri
menyanyi lagi rindu pada kalian
yang bisa tak jemu menatap kudapan kata kataku..

lewat selasa ini
syam ke seminar pantun di matic

dan debaran 13 feb ini..
bertarung minda untuk berbalas pantun sektor korporat..

doakan syam layak ke final 16 haribulan..
moga ada sinar disana...

bang, jom main FMDC boling kat alamanda sabtu nie Fri 23-Feb-2007 01:21
Posted by:azryshah@FM1957  - [Link]
Add comment


Monday, 11-Dec-2006 14:20 Email | Share | | Bookmark
Muhasabah diri

salam buat semua..
sekali lagi aku terpanggil nak melakar nota ringkas..
membetulkan lukisan yang hitam menjadi putih


Quote:
Bukan semua kawan tidak mengingati kisah lama...
Muhasabah diri masing-masing dapat meleraikan tali yang yang tersimpul
Bukan semua kawan tidak memahami diri kita
Fikirkan mengapa terjadi begini


salam untuk yang memberi maklum balas..
ini balasan kisah tentang seorang kawan..

******************************
Kawan ibarat Sampah

******************************

Telah lama aku membawa seutas tali
memegang dan menyimpannya
sebagai tanda seorang teman
ikatan yang mungkin akan membuahkan
nikmat dan kekayaan kebahagian

Telah lama aku bertanya pada diriku ini
"kenapa tali itu kau rampas dari tanganku"
sedang ia masih murni disimpananku
lalu engkau simpulkan tali itu
sehinga aku terpinga pinga
melihat tingkahlaku yang durjana

katamu :
Quote:
Bukan semua kawan tidak mengingati kisah lama...
Muhasabah diri masing-masing dapat meleraikan tali yang yang tersimpul


kataku :
Quote:
Siapa kawan yang mengingati kisah lama?
perlukah aku memuhasabahkan diri.. sedang aku terbuang ?


katamu lagi :
Quote:
Bukan semua kawan tidak memahami diri kita
Fikirkan mengapa terjadi begini


kataku kembali :
tiada kawan melainkan lawan
aku tidak punya lawan yang hanya memandang manis diperjalanan
aku tidak mahu berkawan dengan kawan yang lupa akan kedudukan
aku aku rasa kawan seperti itu
ibarat sampah diperjalan
biarkan ia menjadi hampas
sedang aku menjauhinya

hakikatnya
kejam itu adalah yang terbaik
bilamana membiarkan kaki naik kemuka


syam 10.28
senin
11/12/06

riwayat seorang hamba yg jati,
hajat bertemu baginda ditangguh semasa nafasnya,
walaupun baginda tak berapa ela darinya,
akibat sakit pada dirinya, juga menjaga peri ibunya,
akur hingga perginya baginda....

baginda akhir nafasnya di dunia
pesan semua sahabat yang ada
dia al-qarni pemuda syurga....

cuba cari apa rahsianya
dua kunci terurai jua
satu maafkan semua tak kira apa syaratnya
dua baik sangka pada semua
ramuan pemuda syurga luhur budi teguhnya dada...
Fri 5-Jan-2007 01:03
Posted by:hafiszi
bicara di mata.. angguk di hati Thu 11-Jan-2007 11:51
Posted by:anniesulaiman dewi_cempakasari@yahoo.com  - [Link]
Salam Maal Hijrah 1428

Moga tahun ini mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t., sesungguhnya yang baik datang dariNya dan yang buruk datang dari kita.

Selamat Tahun Baru Islam
Sat 20-Jan-2007 03:34
Posted by:idd idd@host.sk  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 11-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kegembiraan Memuncak

salam buat semua..

hari nie seharian kuar...
pergi sunway lagoon.. lewat sangat
so.. tanggoh esok..
sepatutnya pergi cameron.. tapi rasa macam tak larat
maklumlah..
kaki aku terseliur plak semalam masa cari kete kat mid valey..

esok aku nak g mandi manda sehabis habisan..
so.. kena la bangun awal..

aku ada sedikit puisi untuk kalian semua,...

sudi sudikan,..

*****************************
Kejujuran itu Sudah Pasti
*******************************

Sesekali
aku melihat gambar awan
aku terasa luasnya langit

Sesekali
aku menatap lukisan rumput
aku terasa hijaunya bumi

Melihat dan menatap wajahmu
aku terasa CINTA ku semakin mendalam
bunga bunga asmara yang kita sama sama benih
dahulu lagi pernah berbunga
acapkali aku menabur baja
akhirnya kuntum muda
layu sebelum kembang

Serasa aku
memberi kasih tidak semudah menanam bunga

Terasa aku
menanam bunga tidak seerti menabur kasih

seperti kita
siapa yang memiliki CINTA
dapat merasa
nikmat dan rasa serta nadi CINTA


salam puisi
11/12/06

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.