sebuah bicara seungkap kata
serangkap citra sebingkai rasa
******************************
Penantian Getir
*****************************
Terpaku
termanggu
tertunggu aku dalam lena tanpa dakapan
Terfikir
tentang hari muka yang putih
apakah aku bijak untuk mewarnakan
kanvas itu mengikut naluri ini
atau mungkin aku cuma
sekadar melukis untuk
paparan mata
yang bisa memandang
Keluhan dari lidah ini
seakan getir untuk termadah
kata yang bersulam dengan janji
adakalanya bisa membuat aku terpaku
dengan suara yang memanggil
mintaku pulang
kembali kearah sepi daerah berluak itu
Sentuhan jiwa ini
terus mengikat rasa dengan nada
yang mesra dan mungkin
ada mungkin
ada kecundang yang mampir sebelum
girang bertandang
aku cuba untuk mengakui
yang diri ini
dibawah naungan
takdir
maafkan aku bonda
kerna semalam.. aku kehilangan rasa untuk kesana
ibu mungkin sedia maklum dengan
perutusan ini
dan hanya kemaafkan kupinta
kerna rasa itu
akan menjadi jiwa
yang setia pada kasih dari anaknya
********************************
Sekadar Jelingan ********************************
kelmarin..
aku cuba menjejaki
samar waktu yang pantas
berlari dengan hati
perhentian masih samar
kesamaran waktu menggugah rasa
semalam
aku masuk cuba mendaki
samar itu masih ada lagi
lalu terbias didada pintu
ada segaris cahaya
melintas dengan rentas
hati ini bagai disuluh
hakikat perlu diterima
hakiki perlu nyata
kenyataan menyakitkan
aku masih dalam gelombang itu
hendak rasanya aku dibawa ombak
namun tetap terhempas dipantai
bila lampu terpadam
segalanya akan hilang
namun...
tiada siapa yang dapat menjamin
masih ada sendu yang berlagu
dihujung cahaya yang
samar
selamat hari lahir bonda....
selamat hari lahir mak..
semoga panjang umur....
***********************************************
salam selasa..
antara.. waktu kubilang..
antara itu.. kenyataan bersilang..
antara itu juga.. kepiluan bergalang..
sebuah kisah merentapi kebuah keharuan
aku kini masih berdiri
dengan semangat
antara keyakinan
menelusuri langkah yang masih longlai
aku bisa lagi bertatih
membelah angin liku yang damai
aku bisa lagi membelai
antara itu
aku masih membilang
airmata yang bakal tumpah
untuk membezakan cinta dan asmara
aku akhirnya tumpas
dengan makna terselindung
dibalik kerudung malam
yang mendung
antara
antara nyata dan kenyataan
antara waktu
aku membilang hari demi hari.. seakan waktu itu berlari
aku kini mahu menanti
masa itu
bakal mengundur
seiringan dengan geriku...
Most recent comments... (In posting order)
Kita baru sahaja dengarkan Syura dengan lagu hitznya Nazam berkasih. Terima kasih kerana masih setia bersama saya DJ anda Bunga Kantan dari awal siaran sehingga kepenghujung siaran
weiii kalau aku dapat jadi DJ kat Kamdar aku bagi tau kat ko yer