Want your
own Fotopage?








 
http://syamputra.fotopages.com

By: syam putra

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Feb-2006 07:24 Email | Share | | Bookmark
bertenaga kembali

Ratu OB
Ratu company
Ratu comercial
salam buat semua..

tetibe je rasa heppy
hari nie rasa macam nak kemas umah plak...
hehehehhe


past nie nak beli harian metro..
sebab gambar aku masuk kat dalam paper
ami ngan faezah plak msg plak..
gembira plak aku mentee aku sms... seronok kan
ada gak mentee ingat aku..
hehehehhe

Syam,kita dah beli metro.Dah tengok dah gambar tu.Cepat-cepat aku pergi beli tadi.Takut tak sempat.Cute gitu..Vaaazz....
Syam,nak gie sunway lagoon tak?Jom aahh....
Tue 28-Feb-2006 13:53
Posted by:lin
Ceria ceria belaka... Tue 28-Feb-2006 17:40
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Tuesday, 28-Feb-2006 02:09 Email | Share | | Bookmark
sUDAH dI jANGKA...

bersama linda
bonda tercinta
tenang
salam buat semua..

pagi ini ada masa sikit nak buat sajak/ puisi
lama betul tak di lakar
sulaman minda ini...
kiranya ku cuba sampaikan apa yang tersimpan...

___________________________
lewat semalam di perhentian
___________________________

memandang bumbung langit
cahaya menguluh terik petang
membingkas aku ke hulu dan ke hilir
menangkap bayang kekasih yang kunjung tiba
diperlabuhan masa itu
aku meniti jambatan penantian
hampir tersadung kaki
membilang urat tali yang rapuh

melihat wajah senja
kelibat kekasih masih tiada
aku seakan sudah puas menderita menanti
lalu digapai talian rindu
ku utuskan suara sebagai ganti rasa
terus kelibat kekasih muncul
kita kembali memadu kasih
berbuah asmara

esoknya
bila fajar menyelak tirai pagi
dingin memecah waktu
ketandusan langkah
aku mengejar detik abjad
perakam waktu
akhirnya kelewatan..


syamputra
28/2/06

Care to comment?


Monday, 27-Feb-2006 13:01 Email | Share | | Bookmark
Berita Harian - keluar nama jerrr

Quote:

PERTANDINGAN Berbalas Pantun Antara Korporat 2006 peringkat akhir di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini, menyaksikan persaingan sengit kumpulan yang bertanding dan penguasaan baik individu korporat dalam genre terbabit.



Bagai pahlawan di medan tempur, masing-masing cuba mengejutkan lawan dengan ketajaman bahasa sebagai pembuka kata tanpa mengabaikan unsur puitis, jenaka dan berseni meskipun terpaksa membeli pantun dalam masa singkat.

Kumpulan Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Kumpulan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) memperlihatkan kesungguhan dan penguasaan mereka terhadap pantun meskipun TM akhirnya dinobatkan sebagai juara.

TV3 yang muncul lengkap dengan persalinan masyarakat berketurunan Jawa manakala TM pula mengangkat tema perpaduan kaum dengan mengenakan persalinan Melayu, Cina dan India.

Lebih memeranjatkan, peserta tidak tertekan meskipun asakan berterusan ketika jual beli sehingga dengan gaya selamba, sempat berseloroh hingga mencuit hati khalayak sebelum mula menjawab.

Ketokohan pahlawan Melayu terserlah melalui Mohd Abdul Kadir Jailani yang mewakili TM kerana memakai baju Melayu lengkap bersamping dan tengkolok sehingga persis pengantin kerana bajunya dipenuhi batu permata dan kerongsang mengerlip.

Naib juara yang disandang Kumpulan TV3 diwakili Ahmad Fitri Yahya, Norhisham Razali, Mohd Izwan Azir Mohd Salleh dan Mohd Nazri Zahaudin manakala wakil TM, Afizan Azman diumumkan pemantun terbaik.

Juara pertandingan menerima wang tunai RM5,000 dan Piala Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia manakala naib juara (RM3,000), pemantun terbaik (RM1,000) selain semua pemenang turut menerima piala iringan serta sijil.

Kumpulan Alaf 21 Sdn Bhd bersama Kumpulan Perkasa Nilam Sdn Bhd yang berkongsi tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM2,500, piala iri­ngan, sijil penghargaan dan semua ha­diah disampaikan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Afizan ketika ditemui berkata, beliau tidak menduga kumpulan TM muncul juara kerana kumpulan lawan bukan calang pesaing tetapi perbincangan bersama tiga rakan mengenai penekanan pemilihan kata, menyebabkan kemena­ngan berpihak kepada mereka.

“Saya dan rakan lain berpegang kepada komen ketua juri pada peringkat saringan bahawa persamaan rima adalah ciri penting dalam pemarkahan pantun yang dijual dan dibeli,” katanya.

Ketua Panel Hakim, Dr Harun Mat Piah, ketika mengulas tidak menafikan peserta menyedarkan khalayak bahawa kala­ngan korporat juga bukan setakat tahu mengira angka atau menganalisis berita tetapi turut berkebolehan mencipta pantun yang indah.

“Pesta Pantun Antara Korporat boleh dianggap sebagai ‘hari ini dalam sejarah’ kerana julung kali diadakan di kalangan sektor korporat selain menyaksikan peserta berpantun diiringi jenaka usik mengusik seperti orang sastera.

Sungguhpun demikian, Dr Harun menegur peserta yang lari daripada tema apabila memberi tumpuan kepada kelompok pondan, mak nyah dan isu lelaki berkahwin empat.

Bagaimanapun, beliau berpuas hati dengan rima, ungkapan puitis, persembahan gimik, lenggok suara dan gaya berpakaian daha panji Jawa (TV3) dan pelbagai kaum (TM) yang dianggap memuaskan dan menarik perhatian hakim mahupun khalayak.

Beliau dibantu Ketua Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Rogayah A Hamid dan Penyelaras Program Penerbitan dan Persembahan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof Rahman Shaari.

Dr Harun berharap acara berkenaan dapat diteruskan dan diperluaskan kepada lebih banyak penyertaan pada masa depan agar meriah selain yakin tidak mustahil sekiranya acara sedemikian diadakan di kalangan menteri.

Pertandingan terbabit lebih ceria de­ngan kepetahan Chuari Selamat selaku pengacara majlis yang berjaya menghidupkan tradisi pantun dengan senda jenaka menggunakan kata bersopan dan maksud yang dalam.

Bagi membolehkan pembaca menilai kewibawaan pemantun dalam menjual dan membeli pantun pada pertandi­ngan bertema Pantun Diwarisi Budaya Disanjungi, diperturunkan beberapa pantun mereka:

Mari diambil batang semambu
dikerat-kerat dibelah-belah
rumah bergadang tiang seribu
sayang mengapa condong sebelah.

Dahan subur pohon pedada
di tepi muara dililit siantan
secangkir ilmu wujud di dada
mampukah kau tabur seluas lautan.

Bunga berlibur pohon siantan
mengapa semilir tumpah ke tanah
mampu kutabur seluas lautan
ilmu secangkir kan jadi sekawah.

Bunga sekuntum letak beralas
gentas cantik sebelah tandan
bukan senyum tak mahu dibalas
kusangka bunga rupanya pondan.

Tepi beranda nenek tersedak,
disapa kawan kulit berkutil,
tsunami tiada ribut pun tidak,
mengapa tuan terjatuh katil?

Muka pungguk berbintat-bintat,
kalau sendawa ngeri berderau,
jalan berlenggok kebayanya ketat,
kalau ketawa kenapa garau?





sedihhhh tak abis abis lagi nie

Care to comment?


Monday, 27-Feb-2006 03:38 Email | Share | | Bookmark
rasa...

zapin
baizura
jeling..
salam buat semua..

sebuah kehidupan tiada penghujung..
perlu diteruskan
walau apa pun terjadi..

aku sudah malas mewarna jiwa dengan cinta
kerana cinta menyakitkan ..
aku mengerti dan mengakui
tentang cinta yang kehilangan rasa
aku seperti itu


Care to comment?


Friday, 24-Feb-2006 01:21 Email | Share | | Bookmark
poninn...

entah
juadah
gubahan
Quote:


LESSON PLAN


SUJECT: MACROECONOMICS
CODE SUBJECT : ECO 3113

TOPIC: DETERMINATION OF EQUILIBRIUM
NATIONAL INCOME

SUB-TOPIC: 1. INCOME – EXPENDITURE APPROACH

DURATION: 1 HOUR


OBJECTIVES:
At the end of the lesson, students should be able to:

1. Define equilibrium
2. Planned expenditure & planned output
3. AD = AS
4. Method determination equlibrium
5.


CONTENTS:





METHOD OF TEACHING TEACHING AIDS
1. Lecture 1. Transparency
2. White Board
3. Text book
CONCLUSIONS/EVALUATION/ASSIGNMENTS




PREPARED BY : CHECKED BY :

LECTURER : NAME : __________________________
ECONOMICS AND BUSINESS
STUDIES DEPARTMENT
SIGNATURE : SIGNATURE :

_________________________ _______________________


KERJE TAK IAP IAP NIE..
poning adennnn

eden pun ponin ni haa ...
http://photographerz.fotopages.com
Fri 24-Feb-2006 06:30
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~  - [Link]
Hahahahaha, saya plak sibuk ngan tesis....... Sun 26-Feb-2006 17:56
Posted by:Azhar Ahmad ubie79@gmail.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 23-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
rasa cinta..

kepulan api
gigih...
membara
Quote:
CINTA

Tauhid itu kata-katanya
Feqah itu sentuhan rasa
Tasauf itu perjuangan hatinya

Mudah berbicara
Payah membaja
Akal berfikir memecah kebuntuan
Air mata tanda pengenalan
Sujud roh meyakini keagungan
Bergerak jasad berkilauan

Cinta itu tidak satu
Berbilang pun tidak
Seribu jauh sekali
Cinta itu Esa

Pada alam pada makhluk
Tidak di sebut cinta
Cuma kasih dan sayang
Seorang hamba........

Syam ,
jangan biar bulan bicara sendiri
bicaralah dgn hati
walaupun sepi
namun
ada kegumbiraan dan bahagia yang pasti.....menanti


salam buat safarina... terima kaih atas luahan kata kata seindah lukisan jiwa

sejujurnya..
cinta itu adalah rasa..
cinta itu adalah jiwa
dan juga bisa didusta..


dimana kita berasa
cinta itu tetap dirasa
tapi .. dimana cinta itu berada?

Tanpa cinta tiadalah kehidupan...
'Where there is love...there is life....' - Mahatma Gandhi
Thu 23-Feb-2006 06:30
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Thursday, 23-Feb-2006 05:06 Email | Share | | Bookmark
Dusun Nanding

 
 
 
alam buat semua..

petang nie pat ku3.. aku kena ii minyak pastu nak ke dusun nanding
past tu nak g umah adek..
hmmm
nak belanja dia.. makan kek..
takut merajuk plak nanti...
hehehehh

Care to comment?


Tuesday, 21-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lama dah tak update... rindu nyer

 
 
 
salam...
last week adalah minggu paling busy sangat..

Tak per dah usaha dan tawakkal... yang penting kita puas hati kita dah lakukan yang terbaik bukan? Tue 21-Feb-2006 12:09
Posted by:idd budak_kampung22@yahoo.com  - [Link]
Perjalananmu masih jauh.... Pandanglah kehadapan Wed 22-Feb-2006 05:14
Posted by:Raha nykita22@hotmail.com
me..next bakal menyibukkan..nice entry u've got here.. Thu 23-Feb-2006 02:38
Posted by:afairuzsan  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Tuesday, 21-Feb-2006 04:11 Email | Share | | Bookmark
pANTUN aDALAH jIWA

 
 
 
maseh kurasakan kehangatannyer..
masih lagi demam pantun tak udah sudah...



pantun adalah nyawa...

Pantun adalah jiwa seni org Melayu... Tue 21-Feb-2006 07:28
Posted by:Jeff®i @ FM0666  - [Link]
Add comment


Monday, 20-Feb-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
TUMPAs.... ssssssssssssssssssssssss.......sedih..

lagenda
separuh akhir
bersama hendora
kesedihan menjadi kesudhan episod pantun
tumpa lagi aku dalam pertandingan akhir
mungkin ada lagi yang perlu diterokai..
aku punya azam
untuk berjaya lagi...

kata orang cinta itu buta
ada yg kata orang yg bercinta itu yang buta
tapi
walau apapun
cinta bisa buat org jadi tak keruan.....
tapi jgn lah terluka dek cinta
sebab kalau dah terluka pasti
parah.......

Syam
Akak suka lagu Broery - hati yang terluka


ISTERI DAN PERKAHWINAN

Bagaimanakah seorang isteri itu Dapat menyuarakan
Segala pinta rasa
Kerana perkahwinan itu telah
Memagarinya dengan hukum
Di sekelilingnya ada haram dan wajib
Dosa dan pahala
Taat dan nusyus
Yang mana jadi pilihan
Naluri sendiri
Atau keredhaan sang suami
Kehendak peribadi atau
Puji dan salam daripada berjuta malaikat
Mengiringi rahmat
Seorang isteri itu haruskah sentiasa lembut
Dan menyerah
Santun dan pasrah
Membelai dan memesrai
Menyayangi dan memanjai
Memberi dan memberi
Jiwa dan hati sendiri
Siapa membajai
Kering dan gersang
Kemarau dan ketandusan
Perkahwinan dan seorang isteri itu samakah ertinya
Seperti persemaian bunga-bunga di taman-taman
Berkembang mekar penuh warna warni bila waktunya
Ataukah laksana sebuah kapal
Di lautan bergelora
Melambung tinggi, ketengah dan ke tepi
Terpaksa menerimanya dengan redha
Sementara menanti saat karamnya
Atau laut berhenti
Gelora
Thu 23-Feb-2006 08:01
Posted by:safarina safiahabdmanaf@yahoo.com
Add comment


[<<  <  8  9  10  11  12  13  14  [15]  16  17  18  19  20  21  22  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.